Api cinta telah menjadi sejuk
Betapa malangnya hal itu.
Kini umat Islam tiada lagi.
Kecuali timbunan arang dan abu.
Dengan Cinta, yang pahit jadi manis.
Tembaga jadi emas.
Dengan Cinta, keladak jadi jernih.
Kesakitan jadi penawar,
Dengan cinta, penjara jadi taman.
Tanpanya taman terbiar
Dengan cinta, batu jadi cair
Tanpanya lilin jadi sekeras logam.
Dengan cinta, sakit bertukar sihat.
Dan bala menjadi rahmat
Dengan Cinta, yang mati hidup.
Dan raja menjadi Hamba.
Melalui cinta, Jasad duniawi terbang ke angkasa.
Gunung bertarian menjadi ringan.
Cinta mengilhami bukit Tur Sina, wahai kekasih,
Maka Tur Sina kemabukan, dan Musa keasyikan.
Cinta itu resah,
membuat hati berpusing,
dari langit ke bumi,
Bagaiman hendaknya aku jelaskan.
Apa rasanya cinta.
Cinta tidak mengendahkan alam,
Inikah atau itukah,
Seribu kegilaan ditanamnya dalam hati
Kekasih dan maksud cinta sejati.
Segala mahkota dan kewarasan jatuh dibawahnya,
Nyata dan hebat keindahan kekasih,
Kerana yang menggenggam hati berkehendak kepadanya.